Nov 20
Thursday

 

 

 

 

 

 

Perasmian Sukan Interkolej UPM 08/09 PDF Print E-mail

    

Sukan Interkolej UPM 08/09 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2008 yang lalu bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Pada Perasmian tersebut telah diadakan Pertandingan Perbarisan oleh setiap kontinjen yang bertanding. Perbarisan bagi kontijen Kolej Sepuluh amat mengagumkan. Keseragamannya dan displin barisan kontijen tidak dapat dinafikan. Para peserta telah bertungkus lumus berlatih demi mejohani Pertandingan Perbarisan tersebut tetapi rezeki tidak menyebelahi Kolej Sepuluh apabila tewas di dalam pertandingan perbarisan ini. Semangat bagi kontijen Kolej Sepuluh tidak musnah begitu sahaja. Kekalahan tersebut akan ditebus didalam pertandingan sukan interkolej nanti. Oleh itu, kolej-kolej lain perlu berjaga-jaga dengan kebangkitan Kolej Sepuluh. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan pada fasa 1 sesi 08/09 ini ialah merentas kampus, olahraga, bola sepak, tenpin bowling, badminton, hoki, sepak takraw, bola jaring dan ragbi sentuh. Diharapkan penghuni Kolej Sepuluh akan mempertahankan Johan Sukan Keseluruhan Interkolej buat kali ke-4 berturut-turut.

Chaiyok2!!!!